Kurikulum
Semak program 14+ hari kami yang menggabungkan kelas Bahasa Arab, penerokaan tapak sejarah dan budaya, penglibatan sosial, serta sesi bimbingan (mentorship) dan refleksi setiap hari.
Hasil Pembelajaran
- Menguasai perbualan Bahasa Arab untuk situasi harian dan pelancongan
- Memahami budaya dan adab masyarakat Levant (Jordan & sekitarnya)
- Mengenali tamadun Islam, Rom, dan Yunani melalui lawatan bersejarah
- Meningkatkan keyakinan diri, kemahiran berpasukan, dan pembelajaran kendiri
4 Tonggak Kurikulum
Kelas Bahasa Arab
Tumpuan pada perbualan, tatabahasa asas, dan kosa kata bertema
Penerokaan Tapak Sejarah & Budaya
Lawatan berpandu ke Amman, Jerash, Petra, dan Wadi Rum
Imersi Sosial
Amali komunikasi di pasar, bengkel komuniti, dan ruang awam
Bimbingan & Refleksi
Sesi renungan, perbincangan kumpulan, dan journaling untuk mengukuhkan kefahaman
Jadual Harian
- 06:00–09:00 Pagi & sarapan
- 09:00–10:00 Pemanasan bahasa
- 10:00–12:00 Kelas Bahasa Arab
- 12:00–13:30 Dzuhur & Makan Tengahari
- 13:30–16:00 Lawatan Edukatif tentang Budaya
- 16:00–18:00 Rehat/aktiviti santai
- 19:00–20:30 Makan malam
- 20:30–21:30 Sesi refleksi & bimbingan malam
- 22:30 Waktu rehat
Matlamat Kurikulum
-
Meningkatkan Kemahiran Bertutur Bahasa Arab
Membina keyakinan dalam perbualan harian
-
Memperluas Kefahaman Sosio-Budaya
Mengenali tradisi Arab dan Jordan melalui pengalaman seharian
-
Latihan Berterusan
Menggunakan Bahasa Arab pada setiap kesempatan: di kelas, di rumah, dan semasa lawatan. Kosa kata Baharu setiap hari!
-
Menghubungkan Bahasa dengan Konteks
Mempelajari kosa kata yang berkaitan secara langsung dengan pengalaman dan lokasi yang dikunjungi
Bahan Pembelajaran
Al-‘Arabiyyah Baina Yadaik
Asas komunikasi harian dalam Bahasa Arab
Bahasa Arab untuk Pelancongan
Kosa kata dan frasa penting untuk pelancongan
Travel Journal & Kad Perbualan
Digunakan semasa aktiviti dan latihan percakapan
Semak kurikulum dan itinerary kami!
Tekan butang muat turun untuk semak kurikulum kami dan itinerary Eduguna Journeys Jordan Batch 2026