EduGuna Journeys

EduGuna Journeys

Borderless Intellect

TELAH DIBUKA: Batch Jordan 2026

Mengasah kemahiran Bahasa Arab dengan membiasakannya dalam kehidupan seharian melalui lawatan, kelas, serta pengalaman menarik dengan suasana tempatan

Dr. Mahmoud Ayasrah
Penasihat Kanan EduGuna Journeys: Borderless Intellect Pengasas MuHakah Institute for Teaching Arabic to Non-Native Speakers

Kata Aluan

Assalamu Alaykum.

Nama saya Mahmoud Ayasrah, pengasas MuHakah Institute for Teaching Arabic to Non-Native Speakers merangkap Penasihat Kanan EduGuna Journeys: Borderless Intellect. Saya membawa pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam mengajar bahasa Arab, baik di negara asal saya, Jordan, mahupun di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia, bersama Japanese JICA, Qatar, dan Arab Saudi, dengan pelajar dari hampir seluruh pelosok dunia.

Visi saya sederhana namun mendalam: “bahasa berakar daripada peniruan.” Dari peniruan lahirlah pemahaman, dan daripada pemahaman berkembanglah kebijaksanaan berbahasa. Keyakinan ini telah menjadi panduan saya dalam mengajar selama bertahun-tahun, dan secara konsisten saya terapkan kepada para pelajar untuk membantu mereka mencapai kemajuan yang bermakna dan berterusan dalam perjalanan mempelajari bahasa Arab.

Sebagai Penasihat Kanan EduGuna Journeys, saya berasa amat berbesar hati dapat menyumbang melalui minat dan kepakaran saya dalam pendidikan bahasa Arab untuk memperkayakan pengalaman para peserta, agar proses pembelajaran mereka benar-benar menyeluruh dan transformatif.

Pendaftaran untuk Batch Jordan Telah Dibuka!

Keberangkatan Januari 2026

Tentang Edu-Travel Program

Program Edu-Travel EduGuna Journeys ke Jordan adalah pengalaman pembelajaran yang menggabungkan bahasa, budaya, dan ilmu. Peserta bukan sahaja mempelajari Bahasa Arab sebagai fokus utama, tetapi juga menyelami kehidupan seharian masyarakat Arab dan Jordan, di samping memperluas pengetahuan tentang tamadun besar di Jordan seperti Islam, Rom, dan Yunani. Tambahan pula, peserta akan menjadi sebahagian daripada komuniti antarabangsa (Indonesia, Malaysia, dan Brunei) yang membuka peluang untuk bertukar idea dan pengalaman.

Struktur Program EduTravel

Setiap hari, peserta akan mengikuti:

Aktiviti Pagi

Aktiviti ringan untuk memulakan hari dengan penuh semangat

Kelas Bahasa

Belajar kosa kata, ungkapan, dan perbualan praktikal mengikut tema harian di kelas dan bengkel

Jelajah Harian

Lawatan ke tapak bersejarah dan destinasi menarik sambil berlatih perbualan Bahasa Arab secara langsung

Aktiviti Malam

Berkongsi cerita, bermain, dan berdiskusi dalam Bahasa Arab dengan cara yang menyeronokkan.

Ekspedisi Petra & Wadi Rum

Selain aktiviti harian, program ini turut merangkumi perjalanan istimewa ke Petra (salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia) serta pengalaman berkhemah di padang pasir Wadi Rum dengan suasana tradisional Bedouin

Muat Turun Brosur Edu-Travel kami!

Jadikan Jordan sebagai tempat belajar anda dan lihat bagaimana program Edu-Travel 14 Hari ini boleh membuat pembelajaran bahasa Arab anda menyatu dengan kehidupan nyata dan tempat-tempat menarik di dunia.

Mengapa perlu sertai Edu-Travel kami?

Matlamat Kurikulum

  • Meningkatkan Kemahiran Bertutur Bahasa Arab

    Membina keyakinan dalam perbualan harian

  • Memperluas Kefahaman Sosio-Budaya

    Mengenali tradisi Arab dan Jordan melalui pengalaman seharian

  • Latihan Berterusan

    Menggunakan Bahasa Arab pada setiap kesempatan: di kelas, di rumah, dan semasa lawatan. Kosa kata Baharu setiap hari!

  • Menghubungkan Bahasa dengan Konteks

    Mempelajari kosa kata yang berkaitan secara langsung dengan pengalaman dan lokasi yang dikunjungi

TEMPAT TERHAD!!

Hanya untuk 20-30 peserta sahaja!

Jangan lepaskan peluang istimewa untuk menerokai bahasa, budaya dan warisan Jordan, sambil menguasai bahasa Arab dalam kehidupan seharian.

perkenalkan

PARTNER KAMI

Kolaborasi terbaik untuk program EduTravel kami